Friday, 29 May 2015

Pasar malam dan kehidupan marhaenis.

Pasar malam. Sebut aje pasti semua orang dapat bayangkan suasananya. Begitu sinonim dengan hidup kita seharian. Satu segmen pasaran yang begitu dekat dengan kehidupan rakyat golongan bawahan serta sederhana.

Walau ia dilihat agak serba kekurangan, tetapi itu sudah cukup menghiburkan bagi golongan terbanyak ini. Majoriti. Aneka barangan diperdagangkan, juadah pelbagai selera, ruang peluang petani pekebun penternak sambilan memasarkan barangan hasil mereka.


Berkunjung ke pasar malam adakalanya seolah satu pesta keamatan bagi keluarga bawahan, lebih murah, lebih menjanjikan kepuasan kepada anak2 kecil yang dapat memilih juadah pilihan disertakan belian sedikit permainan, ibu2 yg dapat membeli barangan dapur serta makanan, manakala si bapa agak lega tidak berbelanja di pasaraya yang adakala dipandang 'window shopping' sahaja.


Aku terfikir, bagaimana agaknya keadaan pasar malam di negara2 lain? Hanya pengalaman sendiri sahaja yang pastinya akan memberi kita erti kehidupan yang masih teramat luas untuk diterokai.


No comments:

Post a Comment