Thursday, 18 June 2015

Merayap di Sungai Lembing

13 Jun 2015

Seminggu sebelum puasa Ramadhan 2015 aku sengaja buang masa sikit. Pada asalnya memang santai nak pergi cari makan pagi. Bosan dek suasana yang sama setiap hari di Bandar Kuantan, aku decide untuk pergi ke Sg. Lembing, Aku memang dah tau tak banyak kedai makan melayu. Tapi sebab dah banyak kali juga berkunjung, aku pasti suasana tenang tersebut masih sangat berbaloi.


Kat atas tu gambar dari sudut meja makan Warung Salmah. Kalau tak silap la, atau makcik tu membahasakan dirinya Maksu. Aku ambik laksam je dulu. Tapi mata dah menjeling tengok pada bungkusan nasi2 lemak.

" Banyak lagi tu.." Itu bisik hati aku. Tapi rupanya lepas aku makan laksam, nasi tu cuma tinggal 2 bungkus je. Nasib baik..


Gambar anak monyet yang dijumpai terjatuh dari pokok berhampiran oleh cucu Maksu tadi tu. Comel sangat dan kaler blonde. Pastu aku teruskan perjalanan merayap sekitar pekan kecil Sg. Lembing. Pekan ini agak teduh di sebelah pagi sebab kedudukan terlindung dari matahari naik.


Antara tempat yang boleh dilawati dah dilakukan aktiviti ialah mendaki ke puncak Bukit Panorama untuk menikmati pemandangan bandar ini dari atas bukit. Terdapat lebihkurang 800 anak tangga untuk didaki. Hari itu aku tak naik pun sebab dah banyak kali juga naik dan juga sebab hari dah agak tinggi.

Jadi aku terus saja jalan2 untuk exercise sikit kaki sambil menuju ke Muzium Sg. Lembing. Tak banyak sangat yang menarik di situ cuma kita boleh mempelajari sesuatu tentang sejarah kewujudan pekan ini serta aktiviti perlombongan bijih timah yang dulu sangat terkenal.



Kalau penat berjalan, boleh saja menyewa basikal dan juga motoskuter untuk merayap di sekitar pekan Sg. Lembing. Itu saja pengalaman kali ini, banyak lagi aktiviti yang belum diteroka sendiri, lainkali boleh cuba melasak ke Air Terjun Pelangi atau lagi ekstrem mendaki Gunung Tapis.

Yeah.