Dalam banyak2 pantai ini ada satu kawasan yang paling aku rasa santai. Pantai Chempaka... Ada satu gerai kraftangan yang sangat kreatif, turut menyediakan makan minum ringan2. Air kelapanya tidak pernah mengecewakan. Kelapa muda yang betul2 muda.
Tempat ni memang aman sebab tak ramai yang tahu. Tapi dari kunjungan aku hari ini, jelas semakin ramai yang telah menyedari kewujudan tempat ni. Bagi yang nak berkelah pun boleh, ada tandas dan tempat bilasan mandi. Kalau mahu, nak berkhemah pun boleh kerana sememang ada tempat disediakan.
Kalau bernasib baik, pengunjung berkesempatan beli ikan segar yang baru saja didaratkan oleh nelayan tempatan. Lain2 aktiviti seperti biasa aktiviti bebas selain makan2.


No comments:
Post a Comment